Tuesday 7 November 2017

TUDUH ORANG DALAM PARLIMEN TAPI PROJEK LOJI SG INTAN SHAFIE LULUSKAN, ADIK DAPAT KOMISEN



[Mukadimah: Sehingga artikel ini ditulis kita tetap mendahului 10 langkah ke depan dari Shafie Apdal dan puak-puaknya. Yang pasti dia disiasat SPRM, direman dan bakal didakwa. Jika dia hendak lakukan perkara sama membuat tuduhan kepada orang lain silakan. Rasa nak muntah tengok video ucapan Shafie berlagak suci macam tak makan rasuah komisen projek KKLW]

1. Hari ini puak-puak warisan bersorak gembira seolah-olah seperti Shafie Apdal telah memenangi kes perbicaraan rasuahnya. Wal hal ia hanya satu pancingan dan jerat terhadapnya. Beliau memerangkap diri sendiri. Apa yang disampaikan Shafie dalam parlimen sudah dijangka awal. Beliau akan menggunakan imuniti parlimennya untuk mencipta persepsi dan mengalih isu.

2. Ya Loji Air Sg Intan adalah sebuah projek naik taraf. Jika dulu ia sesuai dengan kapasitinya maka kali ini projek ini dinaikkan sehingga RM47 juta. (Rujuk ringkasan projek). Shafie menteri mana mungkin projek di kawasannya sendiri dia tidak terlibat merancang bersama kementeriannya!. Shafie berkata projek ini diberi kepada 'anak saudara' Ketua Menteri dan konsultannya Perunding Shahelmy dan Rakan-rakan Sdn Bhd tetapi beliau terlupa menjelaskan projek Naik Taraf ini siapa punya? KKLW kan....

Kontrak KKLW, bajet KKLW, Jawatankuasa tender KKLW, Lembaga Perolehan A KKLW diketuai KSU pun ikut arahan Shafie Apdal. Jadi dari mana kuasa Ketua Menteri Sabah? tanah dan tapak bukan isu. Isunya ia PROJEK KKLW bukan Kerajaan Negeri.
3. Pusing 150 kali pun, projek naik taraf ini milik KKLW, perancangan, pelantikan konsultan, pembukaan tender, jawatan kuasa tender, Lembaga Perolehan 'A' malah sehingga kepada pelantikan kontraktor (LOA) adalah milik KKLW. Ketika LOA nak tandatangan pun kena rujuk Menteri. Paling penting dana peruntukannya adalah daripada KKLW. Jabatan teknikal pelaksana ialah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). [Rujuk aliran kuasa projek KKLW di atas]

4. Jika ia projek dan peruntukan KKLW sehingga pelantikan kontraktor adalah KKLW yang Menterinya ketika itu adalah Dato' Seri Shafie Apdal siapa yang lantik kontraktor kalau bukan Shafie dan kementeriannya? Apa kena mengena anak buah Ketua Menteri dapatpun kerana Shafie sendiri menjelaskan ia 'open tender'. ia tetap dikuasa Shafie Apdal bukan Ketua Menteri Sabah.

5. Yang Shafie Apdal tidak jelaskan ialah individu yang menjadi orang tengah urusan projek Loji Air Sungai Intan itu bermula dari penilaian jawatankuasa tender hinggalah kepada Lembaga Perolehan tender yang dikuasai oleh Shafie Apdal selaku Menteri. Bukankah itu adiknya yang terlibat dengan 14 syarikat disiasat SPRM sebelum ini? Komisen adik yang kumpul. Mana mungkin Shafie Apdal memberi projek tanpa meminta komisen seperti selalu dia lakukan!.


6. Shafie berdolak dalih dan tidak menjelaskan kepada rakyat bahawa beliau menggunakan kuasanya dibawah Akta Kontrak 1949 menurunkan kuasa kepada Pegawai KKLW yang diarahkan oleh beliau ketika menandatangani kontrak. Mari kita tunjuk bukti cara Shafie beri kuasa. Sepatutnya seseorang MP membawa salinan contoh surat ini di Parlimen bertanya benarkah beliau menandatangani semua projek tender terbuka dan tender terhad di kementeriannya.



Jika ada 300 projek KKLW, 300 lah yang Shafie akan tandatangan. Jika Shafie tidak bersetuju dengan kontraktor beliau mengarahkan ditender semula dan jangan beri . Apatah lagi pada musuhnya. Melainkan orang beri duit dia akan tandatangan. Shafie Apdal tak payah bersumpah Wallahi Wabilahi dan Watallahi lah bab ni. Nanti kena makan sumpah. Makan rasuah duit haram pun nak sumpah.

Hujahnya...


7. Yang SPRM siasat ialah elemen rasuah dalam semua projek KKLW sejak 2009 - 2015. Ada projek yang 'mark up' semasa tender terhad, bayaran komisen 15% hingga 25% projek kepada adik Shafie Apdal (Yusof dan Hamid) dan proksi. SPRM menemui unsur rasuah itu dan salah guna kuasa Shafie Apdal sebagai Menteri jadi mengapa nak marah SPRM dan orang lain. 15 Saksi yang direman, kontraktor dipanggil ada yang mengaku dan ada yang tidak.
8. Kata YAB TS Musa Aman,Shafie Apdal tak 'gentleman' main serang di dewan rakyat takut dengan bayang-bayang dan cuba mengalih isu. Sejak  kes Shafie disiasat SPRM berlaku tak pernah pula Musa Aman membuat komen terbuka kes Shafie dia membiarkan diserah kepada SPRM. Mengapa Shafie gelabah pula!

Captain M
7 November 2017

1 comment: